BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

erti cinta??

cinta kepada bunga,bunga akan layu
cinta kepada harta, harta akan musnah
cinta kepada manusia,manusia akan mati
cinta kepada tuhan kan kekal abadi

Tuesday, September 20, 2011

Wednesday, November 25, 2009

GELODAK DI JIWA

Kilauan permata tiada lagi seri,
tutur bicaramu terus diingati,
menjadi saksi di perhubungan ini,
yang menikam diriku ini,

bumi menjadi saksi,
langit menjadi bukti,
mendengar segala rintihan ini,
yang masih belum di ubati

gelodak di jiwa masih membara,
tatkala hati menjadi sengsara,
setiap butir bicara diungkapkan,
tetap terus menjadi igauan.

jika sayang berlandaskan simpati,
perhubungan ini belum dipasti,
jika sayang berteraskan keikhlasan,
perhubungan ini terus berkekalan.

setiap kenangan diingati bersama,
untuk menggamit memori luka,
gelodak di jiwa terus membara,
jika perpisahan yang kau pinta.

jika diri ini tidak lagi di sayangi,
campaklah aku,
kemana saja yang dikau mahu,
kemana saja yang dikau damba,
aku pasrah menerima segalanya.

Thursday, November 12, 2009

KASIHNYA IBU

Ibu
kau hadir saat ku berduka
kau hadir tika ku gembira
kau ratu hatiku
kau permata hatiku
begitu banyak dugaan kau tempuh
hanya untuk mendidik aku
barangkali aku yang masih kecil
tidak mengenal erti kasih sayang

ibu
kini aku mengerti
setelah kau menghukumku
aku seperti tersedar dari lamunan
hatiku ini terasa
bagai ditusuk sembilu bisa
parut di hatiku tidak akn pernah padam
parut ini terus menjadi tanda
hukuman kau kepada ku

ibu
dengarlah rintihan anakmu
yang menyesal atas semua perbuatannya
kasih sayang yang selama ini
kau curah kepadaku
terasa bagai ditiup angin lalu
kini tidak lagi ku merasai
kasih sayangmu
gurau sendamu
tawamu
tidak lagi ku dengar

Thursday, October 1, 2009

GAGASAN 1MALAYSIA

GAGASAN 1MALAYSIA

Dulu rukun negara
menjadi panduan utama
kini 1malaysia
menjadi nadi penggerak negara

1malaysia untuk kita
perpaduan kaum dieratkan
rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan
gagasan ini gagasan keramat
yang merubah negara
menjadi negara aman
menjadi negara tauladan
menjadi negara perpaduan

pelbagai kaum,bangsa dan agama
pelbagai adat resam dan budaya
kita satukan dengan gagasan
1malaysia

janganlah lagi diulit mimpi
ayuh, bangunlah wahai bangsaku!
mencapai gagasan 1malaysia

Monday, September 7, 2009

ERTI KEHIDUPAN

Kehidupan ini bermula dengan satu jasad
disitulah setiap pahala dan noda dikira
kehidupan umpama burung yang mempunyai sayapnya
burung bebas terbang kerana sayapnya
ianya sama seperti kita
manusia yang bebas bergerak
sama seperti manusia yang mempunyai matlamat hidup

apa itu erti kehidupan?
kita semua tertanya2 jawapannya
kita menunggu jawapan
tapi tidak pernah mencari jawapan
itulah manusia zaman sekarang
yang hanya menanti bulan jatuh ke riba

kadang-kadang kita terfikir
dimanakah kita berada
adakah di atas bumi yang nyta
adakah di alam asmara
adakah di dunia fantasi
ataupun di dunia realiti
duniawi hanyalah singgah sementara
hidup hanya lakonan
mati baru permulaan


di dunia kita mencari apa itu erti cinta
cinta kepada kekasih bukan segalanya
cinta kepada duniawi bukanlah kenikmatannya
tapi cinta kepada tuhan adalah yang utama..

Friday, August 14, 2009

CINTA REMAJA

Cinta remaja tidak semuanya kekal selamanya
cinta di ketika itu hanyalah untuk dipersendakan
cinta pemusnah masa depan
cinta pemusnah jiwa dan raga

tiada makna untuk mencari
apa itu erti cinta
kerana kita tidak cukup sempurna
untuk bercinta
orang yang begitu bersedia
hanyalah orang yang cukup kesempurnaannya

cinta begitu memeritkan
kita hanyalah insan yang kerdil
untuk memahami erti cinta
cinta itu luas maksodnya
namun kita bukanlah orang yang berhak
untuk mencari maksod cinta
apa yang dikejar hanyalah
pahala semesta,
mencari makna dunia,
mencurah ilmu ke dada
cinta bukan untuk di kejar
tapi hanyalah untuk permainan

Thursday, July 23, 2009

persahabatan

SAHABAT apa ertinya..
sebuah perhubungan yang dibina bersama..
tngis dan tawa dikongsi bersama..
benih2 persahabatan muncul..
apabila keikhlasan dan kejujuran diberikan..

PERSAHABATAN..
adakah ia kekal selamanya..
jika kejujuran yang disajikan..
pastinya sebuah perhubungan mnjadi indah..
keindahan yg tidak dpt dgmbarkan..
lidah kelu tidak terkata untuk menyatakan..
betapa indahnya..
sebuah persahabatn..