BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

erti cinta??

cinta kepada bunga,bunga akan layu
cinta kepada harta, harta akan musnah
cinta kepada manusia,manusia akan mati
cinta kepada tuhan kan kekal abadi

Thursday, July 23, 2009

persahabatan

SAHABAT apa ertinya..
sebuah perhubungan yang dibina bersama..
tngis dan tawa dikongsi bersama..
benih2 persahabatan muncul..
apabila keikhlasan dan kejujuran diberikan..

PERSAHABATAN..
adakah ia kekal selamanya..
jika kejujuran yang disajikan..
pastinya sebuah perhubungan mnjadi indah..
keindahan yg tidak dpt dgmbarkan..
lidah kelu tidak terkata untuk menyatakan..
betapa indahnya..
sebuah persahabatn..

titisan darah


Category: Life
TITISAN DARAH

Ketika kita di buai keindahan
pernahkah kita terpikir peperangan yang berlaku?
ribuan nyawa terkorban
tanpa ada rasa simpati
engkau meneruskan peperangan yang kejam ini.

hati ini memberontak
mendengar tangis dan teriakan
luluhnya hati ini
apabila lebih ramai yang menjadi mangsa kejammu
manusia yang tidak berdosa
turut menjadi mangsamu
kejamnya dikau tanpa ada rasa belas kasihan

jika saat ini aku berkuasa
jika saat ini aku mampu menakhluki dunia
jika saat ini aku menjadi raja
jika saat ini aku dihormati
maka akanku ubah dunia ini
menjadi dunia yang begitu aman
tanpa ada setitis darah yang mengalir
tangis dan teriakan juga tidak akn didengar

Ini lah dunia
lihatlah dunia yang penuh ujian
dunia hanyalah persinggahan
dunia hanyalah permainan
yang menguji pelbagai ujian...

mengejar cita-cita

MENGEJAR CITA-CITA

Di saat kita dilahirkan
kesemuanya mempunyai cita-cita
untuk mengejar cita-cita
kita harus berusaha
jika tiada usaha
tiadalah yang diharapkan
melainkan kita berusaha dan bertaqwa

di saat mengejar cita-cita
pelbagai cabaran yang perlu dilalui
ada yang perit
ada yang indah
ada yang pahit
ada yang manis
terlalu sukar untuk mencapai cita-cita
kerana cita-cita bukan datang begitu sahaja


di saat mengejar cita-cita
pelbagai keperitan harus dihadapi
keperitan yang hampir memusnahkan hidup ini
keperitan yang hampir menghancurkan hati ini
tidak menghalang untuk kita mengejar cita-cita

aku hanyalah seorang wanita

aku hanyalah seorang wanita
tidak berdaya untuk melawan segalanya
disebalik diriku yang kasar ini
aku mempunyai hati yang lembut
dan jiwaku tetap wanita

aku hanyalah seorang wanita
yang tidak mampu melawan takdir
yang aku mampu lakukan
hanyalah meratapi segalanya
di sudut hati kecil ini
inginku merasai apa itu erti cinta
namun tidak dapat ku mengubah ketentuan takdir

seorang wanita yang lemah
diuji pelbagai ujian
ketabahan dan ketaqwaan sahaja
yang mampu menangkis segalanya
di saat ku lemah dan tidak berdaya
tiada seorang pun yang mampu
merubat duka lara dihati

aku mungkin jahat dan juga hina
namun aku tetap wanita
yang perlu belaian kasih sayang
aku hanyalah seorang wanita
yang lemah segalanya

kawan..
semuanya sama
tiada berbeza
ada kawan yang sanggup tikam diri ini
ad kawan yang mengerti hati ini
tapi
ramai kawan yang tidak mengenal
apa itu erti sahabat

kawan bukan untuk selamanya
tapi hanya sekadar
untuk sementara
bencinya aku terhadap kawan
setelah aku kenal
apa sebenarnya itu erti sahabat

tidak perlu kita mencari kawan
kerana kawan semuanya sama..

nasib hambanya

Di suatu malam..
saat ku berdiri di jendela sepi..
terkenangkan nasibku yang sudah ditakdirkan..
mengapa ini semua harus berlaku..
adakah ianya akan berterusan untuk selamanya..
jika itu yang ditakdirkan..
tidak dapat ku mengubah ketentuan ILLAHI..

Di hati kecilku terdetik..
adakah nasibku hanya menimpa kpd diriku..
adakah ianya untuk menguji kesabaran..
adakah ianya sudah ditetapkan..
ataupun ianya hanyalah permainan dunia..

Di saat aku dilahirkan..
tidak pernah terlintas difikiranku
bahawa ujian tuhan sangat hebat untuk hambanya..
sehebat ujian di dunia,
hebat lagi ujian yg bkal tiba
di padang masyar nanti..